Saturday, September 10, 2011

Isteri Taat Vs Isteri Agama

Membawa diri saya dan teman di perkampungan berbincang mengenai pemilihan isteri bertudung atau tidak bertudung yang mana menjadi pilihan di hati, membuatkan saya cuba bersedia untuk menerima satu pandangan oposisi yang lain daripada pengetahuan yang pernah saya terima.

Demokratik Dalam Politik Parti Islam

Ditanya oleh seorang sahabat di perkampungan tentang pengamalan demokrasi oleh sesetengah Parti Islam di Malaysia dalam menentukan pimpinan parti. Persoalan yang dikemukakan, mengapa politik Islam mengamalkan sistem ini sedangkan kita mempunyai sistem syura sebagai alternatif dalam menentukan pimpinan Islam.

Monday, September 5, 2011

Ahli Akademik Dalam Bidang Kepimpinan

The political ledership of Hamas is probably the most highly qualified in the wold. Boasting more than 500 PhDs in its rank, the majority are middle-class professionals-doctors, dentists, scientists and engineer. Most of it ledership have been educated in our universities and harbour no ideoligical hatred towards the West. It is a grievance-based movement, dedicated to addressing the injustice done to its peopole. It has consistently offrered a ten-year ceasefire to give breathing space to resolve a conflict that has continued for more than 60 years. From

Saturday, September 3, 2011

Jodoh: Memilih si A atau si B

Pastinya artikel yang dipetik daripada laman web iluvislam sedikit sebanyak memberikan pengetahuan bagi kita untuk mendirikan baitul muslim. Terpulang kepada kita untuk mengambil perkara-perkara positif daripada artikel ini sebagai ilmu dalam merancang kehidupan rumah tangga.
Jom kita baca, tetapi ditegaskan janganlah bermain dengan perasaan bila membacanya, mudah cerita be profesional dan matang bila dikaitan dengan erti sebuah kekeluargaan.

Antara topik yang sering dikongsikan adalah - membuat pilihan tentang jodoh.

Friday, September 2, 2011

Taubat Lucu

Berkesempatan bersama-sama teman seperkampungan untuk menikmati resepi ayam goreng Radic Fried Chicken (RFC) sebagai makanan alternatif kepada KFC sedikit sebanyak memberikan kami ruang untuk berbincang mengenai isu-isu keagamaan yang bersifat setempat dan nasional.

Peluang ini digunakan sebaik-baiknya oleh kami berempat ketika itu untuk saling bertukar pendapat. Menariknya ada satu kisah yang diceritakan oleh teman saya mengenai kisah di antara ayah dan anak yang ingin bertaubat.

Wednesday, August 31, 2011

Nabi Pun Dianggap Pengkhianat


Dunia hari ini akan menghukum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanah air, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanah airnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian.

Tuesday, August 30, 2011

Impak Khutbah Pertama Aidil Fitri

Tahun 2011 banyak memberikan inspirasi kepada pena untuk melakukan sesuatu supaya dapat meningkatkan lagi kefahaman sosialisasi. Maka pena pada hari ini ingin melebarkan tinta untuk dihayati buat diri sendiri.

Memandangkan syawal pada tahun ini jatuh pada bulan kemerdekaan, maka khutbah hari raya pada tahun ini dilandasi dengan penghayatan kemenangan umat islam selepas melalui Universiti ramadhan dan juga erti sebuah kemerdekaan di Malaysia.

Sunday, August 28, 2011

Solat Berjemaah : Siri 1


Solat berjemaah seperti mana yang kita tahu merupakan teras kepada pembangunan tamadun, yang mana boleh saya katakan maju dan runtuhnya sesebuah masyarakat itu bertitik tolak daripada penghayatan dan amalan solat berjemaah di masjid setempat.

Penulisan kali ini ingin mengajak diri untuk berfikir tentang kekuatan solat berjemaah di masjid dan bukannya solat berjemaah di rumah-rumah bersama keluarga, kerana pena ingin membawa satu pandangan yang berbeza dengan kebanyakan pakar motivasi yang mana mereka lebih menganjurkan solat berjemaah di rumah bersama keluarga.

Saturday, August 27, 2011

Aku Ingin Berkawan Denganmu Wahai Masyarakat

Pengamatan tentang nasihat dan teguran daripada beberapa orang teman membawa pena ini tidak kekeringan idea untuk menulis buat tantapan diri untuk dipandu supaya pemikiran dan tindakan lebih terarah sepanjang masa.

Daie(pendakwah) mempunyai definasi yang subjektif mengikut kepakaran masing-masing. Jika kita ditempatkan di dalam bidang akademik, profesional, perniagaan, politik, kesemuanya memainkan peranan untuk menyampaikan Ad-Din kepada masyarakat yang berada di sekelilingnya.