The political ledership of Hamas is probably the most highly qualified in the wold. Boasting more than 500 PhDs in its rank, the majority are middle-class professionals-doctors, dentists, scientists and engineer. Most of it ledership have been educated in our universities and harbour no ideoligical hatred towards the West. It is a grievance-based movement, dedicated to addressing the injustice done to its peopole. It has consistently offrered a ten-year ceasefire to give breathing space to resolve a conflict that has continued for more than 60 years. From
Terkesima dibuatnya saya ketika membaca status ini daripada seorang kenalan di Facebook yang menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa kebanyakan pemimpin-pemimpin Hamas mempunyai latar belakang pendidikan yang cukup tinggi di dunia ini.
Kebanyakan mereka yang terdiri daripada PhD membuktikan bahawasanya Hamas yang memperjuangkan kemerdekaan Palestin daripada rejim zionis mampu untuk melahirkan para pejuang Islam yang mampu untuk menggabungkan dua elemen penting iaitu pendidikan dan perjuangan.
Palestin yang dikatakan mundur dan sentiasa dihujani dengan air darah bukannya tidak mempunyai pemimpin yang bijak pandai, tetapi pemimpin yang diangkat sekarang terkongkong dengan kepentingan agenda yahudi dan nasrani.
Kita boleh katakan, belum tiba masanya lagi pejuang Hamas untuk mendominasi pemerintahan Palestin dek kerana Yahudi dan Nasrani sering menggangu gugat soal politik dalaman negara Palestin.
Kita berdoa dan berharap agar pejuang Hamas terus komited bermandikan semangat “Intifadha” untuk memperjuangkan Islam di Palestin.
Bukanlah penulisan saya kali ini ingin mengetengahkan isu perjuangan Palestin kerana pastinya pembaca lebih mengetahui daripada saya tentang isu Palestin. Yang ingin diketengahkan adalah apa yang berlaku di Palestin ini adakah mampu diimplimentasi oleh saya dan masyarakat di Malaysia.
Hampir membuatkan diri saya seolah-olah sekular ketika mana salah dalam menafsir soal perjuangan dan ilmu pengetahuan. Saya sering menjadikan hujah ayat al-Quran dalam surah At-Taubah ayat 122 untuk senantiasa bermonolog.
"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
Persoalan yang sering saya timbulkan, bagaimana soal perjuangan dan ilmu pengetahuan dapat digabungkan sedangkan saya hanya mampu untuk memberikan komitmen daripada salah satu dua elemen ini.
Pengetahuan dalam konteks kata, saya mampu mendalami ilmu pengetahuan dan menyampaikan ilmu pengetahuan dengan baik pada masyarakat sekeliling untuk digunakan sebagai senjata modal insan dalam menyambung mata rantai perjuangan.
Bedanya apa yang berlaku di Malaysia rata-rata mereka yang mendapat PhD menghabiskan masa sebagai tenaga pengajar ataupun terlibat dalam penghasilan journal-journal.
Mungkin setakat ini saya tidak mampu untuk mencapai objektif yang sebenar dalam penafsiran ayat tersebut disebabkan tiada kemahiran lagi untuk mendalami ilmu agama.
Saya sempat bertukar pandangan dengan sahabat di UKM tentang isu ini, yang mana di akhir perbincangan kami terdapat satu kata yang dapat memberi kesan kepada saya.
Kita mempunyai peranan masing-masing dalam mencapai matlamat islam, cumanya janganlah bersikap egoistik dalam mewakili sesuatu bidang. Kalau kita terlibat dalam dunia akademik, jadilah pendidik yang baik untuk melahirkan modal insan yang menyumbang ke arah pembinaan tamadun agama.
Jika terlibat dalam bidang perjuangan hormatilah ahli akademik dan berilah mereka ruang untuk memberikan kritikan dan idea yang bernas. Tundukkan kata-kata yang menggelar mereka ini sebagai golongan “teoris” atau “idealis” terhadap sesuatu perkara.
Subjek kepada artikel ini sudah tentu kepada Profesor atau ahli akademik sebagai kesediaan menterjemah diri mereka kepada perjuangan di medan sosial.
Telah terbukti seperti petikan di baris pertama artikel ini yang mana golongan PhD di Palestin mampu menterjemahkan diri mereka ke dalam perjuangan Islam dengan berintimak dengan Hamas.
Yang masih belum diketahui oleh saya adalah akademik merupakan kerjaya atau tidak, sekiranya benar akademik itu kerjaya mungkin tidak perlu fokus kepada perjuangan di medan sosial, sekiranya pula tidak, lebih baik jadikan nilaian akademik itu sebagai modal perjuangan. Wallahu’alam.