Monday, October 4, 2010

KANVAS KEHIDUPAN 21 TAHUN


Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin(gambar) berkata mahasiswa boleh mendengar ceramah atau bercakap tentang politik tetapi mereka tidak dibenarkan terlibat secara langsung dalam kempen politik."


Jika pelajar sekadar mahu mendengar atau memantau pilihan raya, kementerian tidak akan menghalang tetapi jika mereka membabitkan diri secara langsung seperti berkempen atau menjadi ejen parti politik, itu tidak dibenarkan,"(sumber : Malaysiakini)


Masih lagi kita menantikan jawapan yang rasional dan kritikal daripada YB Dato' untuk memberi respon yang munasabah terhadap penglibatan mahasiswa yang berumur 21 tahun ke atas, untuk berkempen bagi membantu parti-parti politik yang mereka suka.


"Menurut perkara 119 Perlembagaan Malayisa, seseorang warganegara berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh mengundi dalam pilihan raya tersebut"


Manakala, seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah :
  • warganegara Malaysia
  • berumur 21 tahun
  • bermastautin di Malaysia
  • sempurna akal
  • bukan orang yang muflis
  • tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
  • dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah
Amat dikesali sekiranya kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Dato membuktikan sedikit sebanyak terdapat penafian anatara mahasiswa dan bukan mahasiswa yang berumur 21 tahun. 


Penulis bukan ingin membicarakan soal kongkongan mahasiswa, cuma penulis ingin membicarakan dalam konteks sesuatu akta yang dibuat adalah bertujuan untuk memberikan nilai keadilan sejagat. 


Jadi, mengapa masih lagi terdapat jurang antara mahasiswa dan golongan bukan mahasiswa 21 tahun. Mereka yang tidak pernah melaui zaman mahasiswa, mungkin semakin rancak untuk berkempen bagi parti masing-masing dan mahasiswa hanya mampu untuk memerhati atau mengundi parti. 


Jika didapati mahasiswa terlibat berkempen dalam pilihan raya, nescaya mereka akan ditangkap di bawah Akta AUKU dan akan dibicarakan oleh Mahkamah Universiti. Jadi beberapa persoalan perlu penulis utarakan melaui pena yang ringkas ini:


S1. Adakah wujudnya perbezaan kematangan di antara mahasiswa dan bukan mahasiswa yang berumur 21 tahun..?


S2. Siapakah yang lebih intelek di antara mahasiswa dan bukan mahasiswa..?


S3. Latar belakang pendidikan pemimpin-pemimpin negara pada hari ini..?


S4. Komuniti golongan bukan mahasiswa terdiri daripada..?


S5. Perlukah perkara 119 Perlembagaan Malaysia dipinda..?


S6. Siapakah pelapis kepada pimpinan negara pada masa akan datang..?


S7. Komuniti kerajaan terdiri daripada...?


S8. Apakah rujukan yang utama, sekiranya sesuatu akta itu dibuat atau digubal..?


S9. Apakah keistimewaan mahasiswa dan bukan mahasiwa..?


S10. Apakah yang dimaksudkan dengan politik dan pilihan raya..?


S11. Mengapa perlu diwujudkan Pilihan Raya Kampus di IPTA..?


S12. Apakah kepentingan Pilihan Raya Kampus di IPTA..?


Sengaja penulis tidak meletakkan jawapan kepada 12 soalan ini kerana setiap kita mempunyai penilaian dan tafsiran yang tersendiri. Tambahan pula, sesuatu soalan subjektif akan menghasilkan juga jawapan yang subjektif. Walau apa pun, "mahasiswa dan parti tidak dapat dipisahkan."