Monday, October 4, 2010

1 AKAL, 1000 PERBEZAAN


Sangat menarik jika kita ingin membicarakan soal pemikiran. Tsunami pemikiran adalah berkadar langsung dengan kecenderungan seseorang manusia terhadap sesuatu perkara. 


Melalui mata sebagai deria pertama untuk melihat dan telinga pula sebagai deria untuk mendengar sesuatu keadaan. 


Mata lebih cepat bertindak daripada telinga, kerana seperti yang kita maklum kelajauan cahaya melebihi kelajuan bunyi. Selepas kedua-dua deria ini bertindak, akal yang berada di dalam otak akan mula menafsir impuls yang dihantar ke dalam otak
. Otak terdiri daripa 3 bahagian yang utama, iaitu:


  • Selebelum : Berfungsi sebagai pusat keseimbangan badan
  • Medula Oblangata : Mengawal tindakan luar kawalan seperti denyutan jantung, respirasi dan peritalsis.
  • Selebrum : Mengawal tindakan terkawal seperti membaca, mengira dan sebagainya


Hampir keseluruhan manusia mempunyai fungsi dan peranan otak yang sama, apatah lagi peranan otak menjadi tabi’e yang inginkan kebaikan dan kerasioanalan terhadap sesuatu tindakan.


Penulisan kali ini bukan ingin mengupas peranan otak sebagai perkara pokok, tetapi ingin mengemukakan persoalan mengenai “1 akal, 1000 perbezaan”. Perkara ini terus menjadi persoalan yang tidak bernokhtah kepada penulis tentang kuasa akal yang mampu memberi jutaaan perbezaan pemikiran..?


 Penulis pernah diberikan penjelasan tentang konsep pemikiran oleh seorang yang penulis kagum, mudah sahaja iaitu “apa yang kamu fikir, itu yang kamu akan kata”. Dan penulis ingin sambung hipotesis ini “apa yang kamu kata, itu yang kamu akan tulis”. 


Hingga ke hari ini, hipotesis mudah pemikiran ini tidak dapat dilupakan kerana ia menjadi bekalan untuk memacu kehidupan berideologi. Gambaran pemikiran manusia pada hari ini dapat dikategorikan seperti di bawah:


  • AGAMA
  • HIBURAN
  • POLITIK
  • EKONOMI


Percaya atau tidak dengan 4 perkara ini dapat menetukan posisi manusia yang berebeza. Perbezaan ini dikecapi berdasarkan “1 akal, 1000 perbezaan”. Lantaran itu beberapa soalan perlu dikemukakan bagi menunjukkan keputusan yang terhasil daripada pemikiran..?


S1. Apakah yang menjadi rujukan utama anda untuk berfikir..?


S2. Apakah yang anda faham mengenai pemikiran yang kritikal..?


S3. Perkara yang paling utama yang anda sering fikir..?


S4. Apkah yang anda suka fikir..?


S5. Antara suka dan utama, apakah yang anda faham..?


S6. Sewajarnya apakah perkara paling utama dan terutama untuk kita berfikir..?


S7. Faktor wujudnya perbezaan pemikiran..?


S8. Selepas mencapai klimaks pemikiran, apakah yang anda akan lakukan..?


S9. Bolehkah manusia bersatu dari segi pemikiran..?


S10. Faktor utama yang tidak membolehkan manusia bersatu pemikiran..?


S11. Faktor utama yang membolehkan manusia bersatu pemikiran..?


S12. Adakah boleh sekiranya konsep “1 akal , 1000 perbezaan” menjadi “1 akal, 1 perbezaan”.?


S13. Siapakah tokoh pemikir yang anda gemari..?


S14. Adakah kekuatan pemikiran dipengaruhi oleh faktor pengalaman..?


S14. Adakah faktor usia menjamin kematangan pemikiran..?


S15. Bilakah seseorang itu boleh dikatakan sudah mempunyai kekuatan pemikiran..?


S16. Apakah faktor penenang kepada pemikiran..?


S17. Apakah yang anda faham tentang kematangan..?


S18. Adakah sering kali kita faham apabila melakukan sebarang tindakan..?


S19. Tindakan bermula daripada..?


S20. Bagaimana untuk membentuk pemikiran yang rasional..?


S21. Adakah otak tempat berakhirnya sesuatu penafsiran..?


S22. Kategori buku yang anda sering baca..?


S23. Adakah sesuatu keputusan yang anda buat, sudah dikatakan rasional..?


Kekadang persoalan mampu memberikan kesedaran kepada kita tentang perkara yang belum kita lalui. Melalui persoalan juga, akan membuatkan kita sering berhati-hati terhadap sesuatu keputusan yang akan dikeluarkan. 


– Buat mereka yang mampu berfikir ke arah subjektif yang membentuk perkara positif, mungkin kesedaran telah timbul di dalam fikiran . -“1 akal, 1000 perbezaan”-