Friday, October 8, 2010

MALAYSIA KU YANG SODOMI





Pembabitan Sdr Anwar Ibrahim di dalam kes liwat seringkali menjadi tajuk utama perbincangan rakyat, kerana kaitannya secara langsung dengan ketua pembangkang nombor satu negara. Kasihan melihat Sdr Anwar yang telah dikenakan hukum yang pelbagai rentetan daripada tuduhan ini di kalangan rakyat Malaysia tanpa dikemukakan bukti yang konkrit.




S1. Apakah jenayah yang paling berat di Malaysia..?


S2. Adakah malaysia sudah aman daripada jenayah-jenayah yang lain..?


S3. Apakah ibu segala jenayah di Malaysia ini..?


S4. Adakah Anwar seorang sahaja yang terlibat dalam kes liwat..?


S5. Berapa ramai ye, anak luar nikah di Malaysia..?


S6. Boleh tak kalau orang yang terlibat dengan homoseksual ini dikenakan hukuman dengan menyediakan satu taman asuhanan untuk memulihkan mereka..?


Pena kali ini ingin memulakan dahulu penulisan dengan mengajak para pembaca merenung satu kisah yang telah tercatat dalam Al-Quran mengenai satu kaum yang telah dibinasakan Allah s.w.t. kerana perbuatan homoseksual yang menggila. Firman Allah :


“Dan (kami juga mengutus) Luth a.s (kepada kaumnya). (Ingatlah)tatkala dia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu? ” Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.”
(Al-’Araaf, 7: 80-81)


Sedia maklum kisah kaum Nabi Luth a.s  yang telah dibinasakan oleh ribut taufan dan gempa bumi yang sangat dahsyat akibat daripada perbuatan homoseks. 


Nabi Luth pada suatu hari telah menerima tetamu iaitu para Malaikat yang menyamar menjadi 3 orang pemuda kacak ingin menyampaikan wahyu Allah kepada Nabi Luth dan pengikutnya agar meninggalkan negeri yang mereka diami kerana kelak, Allah akan membinasakan negeri tersebut sebagai balasan perbuatan kaumnya. 


Apabila diketahui oleh isteri Nabi Luth akan kedatangan 3 orang pemuda ini di rumah nabi Luth, maka isterinya bertindak memberitahu kepada penduduk setempat akan kedatangan tetamu tersebut.


Lalu ramailah kaum-kaum lelaki datang dan mengepung rumah nabi Luth berkehendakan kepada 3 orang pemuda kacak tersebut untuk dijadikan habuan homoseks mereka. 


Dipendekkan cerita, Allah s.w.t telah menghantar angin taufan dan gempa bumi yang dahsyat untuk membalikkan negeri tersebut. 


Hanya Nabi Luth dan beberapa pengikutnya sahaja terselamat daripada bala yang diberikan Allah dan sayangnya isteri nabi Luth juga turut musnah akibat daripada peristiwa ini.


Input yang diberikan di atas mudah-mudah menjadi hikmah yang berguna bagi kita dalam menafsir sesuatu keadaan yang berlaku di Malaysia. 


Umum mengetahui Sdr Anwar Ibrahim sering dikaitkan dengan tuduhan tersebut selepas baru sahaja 3 tahun beliau dilepaskan dari penjara akibat tuduhan yang sama. 


Boleh dikatakan hanya satu jenayah sahaja yang berlaku di Malaysia, sedangkan beribu kes-kes jenayah yang ada di Mahkamah masih lagi tertunggak. 


Pena bukanlah bertujuan untuk menyebelahi mana-mana golongan, jika Sddr Anwar  sering dikaitkan dengan tuduhan sodomi, bagaimana pula dengan pemimpin nombor satu Malaysia yang tidak dapat mengelakkan diri daripada tuduhan peminum arak. 


Kesemua Perdana Menteri Malaysia pernah meminum arak kecuali Tun Dato' Hj Abdullah Ahmad Badawi yang terlepas daripada tuduhan tersebut, namun tiada pula satu siasatan yang dilakukan ke atas pemimpin-pemimpin negara ini. 


Hukuman sebatan sebanyak 40 atau 80 kali sebatan akan dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah meminum arak mengikut syariat Islam. 


Mengikut apa yang diceritakan oleh Zaid Ibrahim(unit perhubungan PKR) yang merupakan mantan pemimpin UMNO, kebanyakkan pemimpin UMNO sudah terbiasa bergelumang dengan jenayah arak. Bagi penganut Islam, arak merupakan ibu segala kejahatan.


Termaktub dalam satu kisah islam, di mana di dalam satu perkampungan terdapat seorang abid yang kuat beribadah. 


Setiap hari abid ini akan menjalankan rutin harian seperti biasa dengan memperbanyakkan amal ibadatnya hinggalah pada suatu hari beliau ternampak seorang abid yang lebih banyak amal daripadanya. 


Abid itu terus bertanya kepada orang itu, apakah rahsia tuan sehingga boleh melakukan amalan yang banyak seperti ini. Abid itu tidak tahu bahawa orang itu merupakan syaitan yang menyamar sebagai ahli ibadah. 


Orang itu pun berkata, rahsia aku cuma satu sahaja, dahulu aku suka melakukan maksiat dan dosa yang sangat banyak, lalu timbul kesedaran dalam diriku untuk bertaubat kepada Allah di atas dosa yang dilakukan. 


Abid itu sungguh kagum dan ingin mencontohi orang itu, lantas dia pun bertanya, apakah yang boleh aku lakukan supaya boleh jadi seperti tuan. 


Orang itu pun berkata, untuk menimbulkan kesedaran taubat dan beribadah yang lebih, tuan buatlah satu maksiat, mudah-mudahan dengan maksiat tersebut dapat mendekatkan lagi diri tuan kepada Allah. 


Kalau begitu aku setuju, apakah maksiat yang perlu aku lakukan, orang itu pun berkata tuan minumlah arak, kerana arak adalah seringan-ringan maksiat. Selepas habis berbicara dengan orang alim itu, abid itu pun terus pergi untuk mendapatkan arak. 


Sampai di satu kedai dia pun meminta arak dengan pelayan perempuan di kedai tersebut, perempuan itu pun memberikan arak yang diminta oleh abid tersebut. 


Sebaik sahaja abid itu meminum arak, syahwat seksnya mula rakus bila melihat pelayan tersebut kesan meminum arak yang berlebihan, tanpa berfikir panjang dia terus mendapatkan perempuan tersebut dan melakukan zina dengan perempuan itu. 


Si abid tadi mula takut akan zinanya diketahui orang ramai, dan mengambil langkah yang dangkal untuk membunuh perempuan tersebut. Moral daripada kisah ini, jelas sekali arak merupakan permulaan kepada jenayah yang lain. 


Cuba bayangkan jika pemimpin negara sudah terlibat dengan arak, bagaimana mereka mahu mewujudkan intergriti dalam pentadbiran negara


Di Malaysia liwat bukanlah satu-satunya jenayah yang ada di Malaysia. Jika ia dikaitkan dengan pemimpin ketua pembangkang, bagaimana pula dengan rakyat jelata yang sudah banyak bergelumang dengan liwat. 


Tiada pula usaha bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh kerajaan untuk membasmi masalah liwat di kalangan rakyat. Pada pandangan sisi penulis isu liwat ini adalah satu isu yang hendak dipolitikkan oleh golongan tertentu. 


Tambahan pula isu ini kembali hangat diperkatakan bila mana ada pengakuan daripada Saiful Bukhari dan baru-baru ini penafian sumpah akuan Anwar tidak meliwat Saiful Bukhari daripada Rahimi Osman. 


Pena sungguh kesal apabila pihak kerajaan cuba sedaya upaya untuk mengaitkan Anwar Ibrahim dengan liwat tetapi mereka terlupa yang mreka meluluskan konsert untuk membawa artis “gay” amerika iaitu Adam Lambert pada 14 oktober 2010 di Malaysia. 


Rakyat seharusnya berhemah untuk menghadapi situasi sebigini dengan tidak menimbulkan sebarang spekulasi terhadap Anwar Ibrahim sehingga keputusan Mahkamah dikeluarkan dan membantah konsert Adam Lambert sebagai cerminan semangat cintakan agama Islam dan moral.


Adam Lambert
Apa yang lebih penting kepada pihak yang memerintah adalah mencari satu mekanisme yang ideal dan praktikal untuk membasmi masalah jenayah di Malaysia yang kian hari kian meningkat. 


Rakyat semakin hari semakin takut untuk berurusan kerana semakin banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum mereka keluar menjalankan urusan harian terutama bila memikirkan aspek keselamatan. 


Islam telah menyediakan satu manual penyelesaian kepada permasalahan seperti ini, cumanya bagi mereka yang angkuh, pemikiran diletakkan sebagai asas penyelesaian masalah. Kita masih lagi berharap dan menanti agar usaha yang berterusan dapat dilakukan oleh mereka yang cintakan keadilan dan keamanan ummah.