Thursday, October 7, 2010

IBU BAPA NABI AHLI NERAKA ATAU SYURGA


Antara hadis yang menyokong hujah bahawa ibu bapa nabi ahli neraka adalah :


Baginda ingin meminta ampun bagi ibunya, namun Allah tidak mengizinkan. Kemudian nabi s.a.w meminta untuk menziarahi kubur ibunya lalu Allah memberi izin. Hadis ini dicatat dalam Sahih Muslim. Ketidakharusan untuk memmohon keampunan bagi Nabi adalah kerana ibu Nabi iaitu Aminah mati dalam keadaan kafir.


Adapun hadis yang menyokong hujah bahawa ibu bapa nabi ialah ahli Syurga adalah :
    
Mereka berpegang kepada ayat Al-Quran yang menyatakan keluarga nabi terdiri daripada susur galur nabi Ibrahim dan nabi Ismail a.s, iaitu mereka berdoa "wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua sebagai Muslim (menyerah diri) kepada-Mu dan daripada zuriat kami sebagai satu umat yang Muslim." (Surah Al-Baqarah : 128)


S1. Apa yang kita perolehi jika sudah mengetahui status ibu bapa nabi Muhammad seperti di atas..?


S2. Macam mana pula untuk memastikan diri kita terselamat dari api neraka dan dimasukkan ke Syurga..?


S3. Adakah Islam menutup ruang perbincangan ilmiah..?


S4. Apakah adab-adab ketika menghadapi situasi perbezaan pendapat..?


S5. Yang mana satu betul dan yang mana satu salah..?


S6. Bolehkah kita hendak menyebarkan kefahaman ini kepada orang ramai..?


S6. Apa kata para ulama mengenai persoalan yang seumpama begini..?


Pena kali ini bukanlah bertujuan untuk menambahkan lagi kebuntuan persoalan umah dan bukanlah jua untuk mendabik dada bagi menyokong mana-mana golongan. 


Sedia maklum, Islam tidak akan menutup ruang perbincangan ilmiah selagi mana ia didasari dengan displin ilmu yang tinggi. Perbincangan seperti ini perlulah dibatasi dengan ruang lingkup yang tertutup di antara mereka yang mahir untuk membicarakannya. 


Namun bukanlah pula pena ini berkehendak kepada penafian kelas sosial rakyat di dalam displin ilmiah seperti ini, sebaliknya tinta ingin turut mengambil bahagian demi meraikan pandangan dan hujah  rakyat pertengahan.


Penulis terpanggil untuk berkongsi pandangan dan pendapat setelah membaca majalah Solusi isu ke-24:Panjangkan Usiaku muka surat 97 berkaitan persoalan yang sedikit sebanyak menjadi bibit perbicaraan ummah pada mutakhir ini. 


Penulis juga berdiri di atas kesedaran untuk memberi sedikit pengalaman apabila berhadapan dengan sesuatu yang seumpama persoalan seperti ini. Kedangkalan ilmu seusia 18 tahun, menyebabkan penulis terjebak di dalam persoalan seumpama ini, apa tidaknya seuatu yang baru saja kita ketahui atau perolehi perlu untuk menjaga dan memperjuangkannya secra serius dan bersungguh-sungguh. 


Alhamdulillah semua itu telah penulis lalui hasil daripada perbincangan ilmiah dan toleransi yang tinggi terhadap displin ilmu.


Umum mengetahui, tidak menjamin bertambahnya amal ibadat kita sekiranya acap kali kita mempersoalkan perkara yang tidak ada nokhtahnya, apatah lagi persolan itu hanyalah melibatkan perkara ranting dalam agama. 


Cuba para pembaca bayangkan, sekiranya kita ingin menjaga pokok, sudah pasti kita menyiram dan membajanya secara berkala melalui akar yang satu. Tidak pernah dibuat orang, sekiranya kita ingin melihat pokok kita berkualiti, hanya bahagian ranting sahaja perlu dibaja dan disiram.


Jelaslah di situ kita telah menghabiskan masa, tenaga, dan wang kerana pokok tidak akan tumbuh dengan segar sekiranya akar pokok tidak mendapat kandungan nutrien yang secukupnya. Jadi tidak ada manafaatnya, jika kita hanya menjaga ranting pokok sedangkan akar pokok tidak terjaga.


Dalam persoalan seperi ini, ibu bapa nabi ahli Neraka atau ahli Syurga tidak ada betul dan salahnya. Kedua-dua pendapat adalah betul kerana kita tahu ia merupakan satu perkara ijtihad ulama zaman dahulu dalam menentukan hukum kepada permasalahan ini. 


Jika betul ijtihadnya maka akan memperolehi 2 pahala dan jika salah ijtihadnya akan memeperolehi 1 pahala. Inilah adab semasa berijtihad dan berkhilaf. Kita yakin dan percaya kedua-dua golongan ini walaupun berbeza ijtihad tetapi niat dan tindakan mereka semata-mata ingin memuliakan nabi Muhammad s.a.w. 


Tidak salah jika mana-mana daripada kita ingin memegang salah satu daripada ijtihad ini, tetapi perlu sedarkan diri supaya tidak menghukum "aku betul, kau salah". 


Islam adalah satu agama yang turut turun bersama-sama dengannya adalah hikmah, maka perlunya kecerdikan kita selaku orang awam untuk mengawal permasalahan ini supaya tidak merebak menjadi virus dalam perpaduan ummah. 


Orang awam yang bijak adalah mengambil langkah pertengahan di dalam satu persoalan agama atau isu yang berbangkit. Ini baru isu ibu bapa nabi ahli neraka atau syurga, bagaimana pula dengan isu batal atau tak wuduk sekiranya tersentuh perempuan yang bukan muhrim, khinzir dan anjing najis mughallazah ke atau najis mutawassitah dan lain-lain lagi.


Perkara yang paling penting selepas ini sekiranya kita berhadapan dengan situasi yang sama seperti di atas, adalah dengan mengambil langkah berpandukan displin ilmu yang tinggi. 


Jangan mengemukakan soalan untuk menambahkan lagi persoalan, sebaliknya kemukakan soalan untuk mendapatkan sesuatu. 


Jangan jadi seperti kisah di antara Bani Israel dengan lembu betina di zaman Nabi Musa a.s, akibat daripada soalan yang menimbulkan lagi persolan akhirnya membuatkan Bani Israel hampir saja berputus asa untuk mencari ciri-ciri lembu betina yang dikehendaki oleh Nabi Allah Musa a.s. 


Musuh-musuh Allah jua sedang berseronok sekiranya melihat umat islam sesama sendiri bercakaran antara satu sama lain bila mana berhadapan dengan bom khilaf. 


Mungkin musuh-musuh Allah sudah mendapatkan satu hipotesis kemanusiaan umat islam, iaitu umat islam tidak pelu dimusnahkan dengan bom-bom tetapi cukup kita hanya membaling isu-isu khilaf kepada umat islam.Biarkan mereka disibukkan dengan perkara khlilaf dan kita sebagai penjajah terus menjajah..!