Saturday, August 27, 2011

Aku Ingin Berkawan Denganmu Wahai Masyarakat

Pengamatan tentang nasihat dan teguran daripada beberapa orang teman membawa pena ini tidak kekeringan idea untuk menulis buat tantapan diri untuk dipandu supaya pemikiran dan tindakan lebih terarah sepanjang masa.

Daie(pendakwah) mempunyai definasi yang subjektif mengikut kepakaran masing-masing. Jika kita ditempatkan di dalam bidang akademik, profesional, perniagaan, politik, kesemuanya memainkan peranan untuk menyampaikan Ad-Din kepada masyarakat yang berada di sekelilingnya.


Justeru para daie perlu melengkapkan diri mengikut kepakaran masing-masing dengan ilmu yang mendalam tentang bidang mereka dan juga ilmu tentang agama islam. Pun begitu kita juga diingatkan supaya tidak terlepas pandang dengan ilmu psikologi manusia.

Dalam konteks seorang Daie yang berpengetahuan, terlebih dahulu kita hendaklah mengalah buat seketika terhadap masyarakat sekeliling. Mengalah dalam erti kata bukan kita menggadai teras prinsip, tetapi mengalah untuk kita kenal terlebih dahulu demografi dan peribadi amnya masyarakat setempat.

Bukan dikatakan kalah sekiranya kita tidak memenagi sesuatu perkara, tetapi kalah dalam erti kata yang sebenar adalah kita tidak mampu lagi mengawal emosi supaya terus dalam keadaan terkawal.

“Try to be understand before to be understood”. Dengan analogi yang mudah, kalau kita pernah berhadapan dengan kanak-kanak, mustahil kita mahu supaya kanak-kanak tersebut mengikut gaya kita, semestinyalah kita selaku orang dewasa mengikut gaya kanak-kanak tersebut untuk memenagi psikologi mereka.

Rukun usrah yang telah mengajar saya di medan kampus dengan 3 peringkat. Dimulai denagan Ta’ruf(berkenal-kenalan), seterusnya tafahum(memahami) dan diakhiri dengan takaful(bantu-membantu) sedikit sebanyak telah memberikan diri ini berkesempatan untuk mencuba dalam dunia pengalaman, pun begitu masih banyak kelemahan diri penulis untuk mengamalkannya secara total.

Diakaui bukan mudah untuk kita bergaul dengan masyarakat yang pelbagai kefahaman dan prinsip,  cubalah untuk memaksa diri sebagai peringkat permulaan untuk memahami mereka supaya ikatan itu akan wujud di antara kita dengan mereka.

Bila ikatan itu wujud nescaya mereka akan menjadikan kita sebagai tempat rujukan dan berpaut untuk sebarang masalah kerana mereka yakin dan percaya sebagai seorang Daie kita mampu untuk menyediakan solusi yang baik. Pesan teman kepada diri jadilah Daie yang “ditakuti oleh lawan dan dikagumi oleh lawan”.

Janganlah kita meraskan masa yang kita habiskan dengan mereka adalah sia-sia, tetapi sinergikan masa yang dihabiskan itu kepada ibadah kepada Allah. Masyarakat perlukan Daie untuk membimbing, justeru kita adalah sebahagian hidup mereka.

Berkawan dengan masyarakat, usah habiskan masa kita semata-mata dengan pena dan buku, kerana untuk menggerakkan islah(perubahan) ia datang dari keringat yang gigih tanpa sempadan untuk berhadapan dengan masyarakat. Terdetik kata-kata imam Hassan Al-Banna kepada rakan-rakannnya.

Ketika ditanya mengapa tuan tidak banyak menghasilkan karya-karya dan buku-buku untuk dibaca, dijawab Imam Hassan Al-Banna, ya aku tidak banyak menghasilkan perkara tersebut, tetapi aku banyak mencetak manusia-manusia untuk menyampaikan risalah islam”. Waallhualam

Rintihan seorang Daie:

Duhai Daie,

Majulah kehadapan untuk menggerakkan islah,

Dengan menjadikan masyarakat sekitarmu sebagai taburan bakti,

Kerna di situ engkau dapat melihat dunia mereka yang sebenar,

Yang dahagakan belaian seorang Daie,

Untuk membimbing mereka,

Ke arah kecemerlangan kehidupan sebagai seorang muslim dan muslimah......