Tuesday, October 5, 2010

PMR 15 TAHUN


Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) semalam, seramai 479,675 calon menduduki peperiksaan PMR mulai hari ini (5 Oktober) hingga 12 Oktober.


Daripada jumlah tersebut, 446,896 ialah calon dari Sekolah Bantuan Penuh, 5,069 dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Perantis Tentera.Sebanyak 11,370 calon adalah dari sekolah agama tadbiran negeri, 14,756 calon sekolah swasta, 334 calon persendirian perseorangan dan 1,250 calon dari Sekolah Agama Rakyat.Sebanyak 34,022 orang petugas di 3,499 pusat peperiksaan disediakan bagi menguruskan perjalanan PMR.



S1. Apakah yang anda faham mengenai PMR..?


S2. Berapakah bilangan minimum dan maksimum subjek yang perlu di ambil semasa PMR..?


S3. Adakah anda faham mengenai sistem PMR..?


S4. Apakah pula SRP dan sejauh manakah anda faham mengenai sistem SRP..?


S5. Ke manakah halatuju generasi yang mengambil PMR..?


S6. Ke manakah halatuju PMR..?


S7. Apakah tanda ukur yang membolehkan seseorang itu cemerlang dalam PMR..?


Selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon Penilaian Menengah Rendah(PMR) sesi 2010, semoga anda dapat menjawab kertas peperiksaan dengan jayanya. 


Penulis kali ini cuba ingin memberi penjelasan peribadi terhadap persoalan yang berbangkit mengenai PMR di kalangan rakyat Malaysia. 


Satu sistem yang diperkenalkan bukanlah bersifat tetap, tetapi ianya boleh berubah-ubah mengikut keperluan masa dan keadaan. 


Zaman semakin mengorak langkah, dan satu penilaian secara berkala perlu dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap isu pendidikan kerana relatif masa turut mengubah sistem peperiksaan di Malaysia.


Di era 70 an dan 80 an kita lebih mengenali SRP iaitu Sijil Rendah Pelajaran. SRP di era dahulu boleh ditamsilkan dengan PMR zaman sekarang. 


Dua peperiksaan yang sama, tetapi pada hakikatnya mempunyai sistem yang amat berbeza antara satu sama lain. PMR tidak melibatkan sistem pengulangan tahun sekiranya calon gagal dalam subjek yang diambil, iaitu subjek Matematk. 


Bagi calon yang gagal dalam subjek matematik di peringkat SRP, mereka terpaksa mengulang semula tahun tersebut, dan tidak akan dinaikkan ke tingkatan 4. PMR yang diperkenalkan pada era ini adalah rentetan daripada kesan pro dan kontranya SRP, jadi calon PMR tidak perlu bimbang sekiranya mereka gagal dalam subjek yang diperkenalkan.


Calon SRP ada kalanya sudah berputus asa untuk mengulangi semula subjek yang gagal di dalam SRP, dan mengambil langkah untuk bekerja sahaja setelah sudah tidak nampak lagi peluang untuk melanjutkan pelajaran. 


Jangan terkejut sekiranya mereka yang gagl ini sudah pun mendapat pekerjaan yang tetap di sektor kerajaan dengan pulangan sekitar RM 1000.00-1500.00. Nilai gaji seperti ini boleh penulis ibaratkan hampir sama dengan pelajar yang baru sahaja tamat belajar diploma di IPTA dan IPTS.


Biasanya calon PMR mengambil 8 subjek dan calon yang belajar bahasa Arab akan mengambil 9 subjek. Calon seharusnya sudah diperjelaskan ke mana arah tuju mereka selepas tamatnya PMR. 


Ada yang menjadikan PMR sebagai nokthtah kejayaan dan kegagalan terhadap pendidikan. Di sini perlunya diletakkan pemikiran rasional sama sama ada mereka akan ke jurusan sains, sastera, perdagangan, mahupun terus bekerja. 


Para pelajar perlu mahir untuk membuat keputusan tanpa perlu mengikut kehendak mereka yang rapat dengan calon, kerana perlu dimaklumi calon semakin menjangkau usia 16 tahun. 


Para ibu bapa tidak perlu memaksa calon untuk mengikuti kehendak mereka, kerana bukan para ibu bapa yang hendak belajar tetapi anak-anak mereka yang hendak belajar. 


Berilah peluang kepada anak-anak untuk mereka menentukan jalan hidup sendiri sekiranya keputusan yang dibuat itu telah difikirkan semasak-masaknya. 


Namun penulis bukanlah hendak menafikan peranan ibu bapa secara total terhadap masa depan anak-anak, tetapi cukup sekadar para ibu bapa sebgai penasihat mereka sahaja. 


Jika keputusan yang dibuat oleh anak-anak tidak menyebelahi mereka, tidak perlulah ada perasaan tersinggung dengan anak-anak, kerana percayalah kita sekarang ini sedang melatih mereka berdikari utnuk membuat keputusan.


Keputusan yang mapan amat perlu untuk mencetuskan pemikiran yang kritis bagi meredah arus berideologi pada zaman mendatang. Hala tuju PMR sebenarnya adalah sangat subjektif kerana ia mengikut kehendak hati calon PMR. 


Ada calon hendak mendapat keputusan 9A atau 8A untuk mendapat tempat di sekolah berasrama penuh atau maktab rendah sains mara (MRSM), namun perlu diketahui perkara tersebut bukanlah objek yang dominan untuk mengakhiri noktah pendidikan PMR. 


Tanda ukur kejayaan calon PMR bukan semata-mata hanya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam PMR, tetapi kejayaan yang sebenarnya ialah jika mereka sedar hala tuju yang perlu mereka bawa selepas tamatnya PMR. Sekiranya halatuju yang dibawa telah berdasarkan pertimbangan yang rasional, maka jaminan masa depan tidak perlu diragui.


Penulis semakin khuatir sekiranya fenomena hari ini kian mudah ditangkapi oleh akal kerana rata-rata calon PMR tidak mengetahui halatuju PMR. Para calon kian terhimpit dengan sistem yang berdasarkan peperikasaan semata-mata, disebabkan hilangnya punca untuk mengenal jati diri. 


Maka semakin banyaklah pelaburan para ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka berjaya di dalam PMR hingga mereka mengabaikan aspek jati diri anak-anak.


Saranan penulis kepada pihak yang bertanggungjawab adalah satu mekanisme pendidikan yang terbaik perlu dilakukan kepada para belia khususnya untuk menjadikan mereka memahami konsep pembelajaran sepanjang hayat. Mengakhiri pena ini, penulis sertakan kenyataan daripada Menteri Besar Kelantan kepada calon PMR :


“Paling penting, kejayaan yg sebenar ialah selamat dari api neraka dan berjaya mendapat syurga Allah” SWT di akhirat kelak,” (Nik Aziz Nik Mat : Menteri Besar Kelantan)